Another Templates

Teknologi

Tuesday, 22 November 2011

Dua penyokong Indonesia maut dipijak


Jakarta - Dua orang penonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 antara pasukan kebangsaan Indonesia melawan pasukan kebangsaan Malaysia, maut semasa berasak masuk ke dalam Stadium Utama Gelora Bung Karno, Senayan.

Dari maklumat yang diperolehi, salah satu mangsa dikenali sebagai Reno (20) yang berasal dari Cililitan,Jakarta Timur. Mangsa dikhabarkan maut semasa berasak masuk ke dalam stadium melalui pintu 8.

"Dua orang meninggal kerana berasak-asak masuk ke dalam, seorang di pintu 8 seorang di pintu 15. Memang saat itu keadaan sukar untuk dikawal," ujar salah seorang pegawai keselamatan di sekitar pintu 15.

Sementara seorang lagi mangsa belum diketahui indentitinya. Mayat mangsa dibawa ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo untuk dibedah siasat.


Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26,Malaysia berjaya memenangi pingat emas setelah kedua-dua pasukan dipaksa bermain sehingga ke penentuan sepakan penalti setelah keputusan terikat 1-1. Malaysia menang dengan jaringan 4-3.


Takziah..

0 comments:

Post a Comment

Iklan Penaja

Trending Topic

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More