Another Templates

Teknologi

Tuesday, 22 November 2011

ROOT : Samsung Galaxy S2 && Unbrick phone


SEBELUM & PERINGATAN :-
A) Fikir dulu banyak kali perlu ke korang root hp ni?. Kalau jadi apa2, korang nya hal sendiri k. Aku x tau. hehe  
B) Bila sudah root, kira nya secara automatik warranty hp korang akan tamat yaa (walaupun leh unroot tp still ada cara nak trace)
C) Pastikan sudah backup semua file2 dalam hp korang (Contact, SMS & salin maklumat hp dalam About Phone)
-backup contact (Go Contact EX) -backup sms (Go Sms Pro)


Senarai Software yg WAJIB ada :
Odin (flash kernel @ firmware)
SuperOneClick (ntuk Root @ Unroot hp)
KIES (kalo xde install kat pc lg, so mesti download & install sbb perlu kan driver hp)
**untuk download just klik pd name software2

*** download juga 2 file .TAR (guna dlm Odin Mode)
- Kernel (XWKDD_insecure.tar)
- CWM Recovery (GT-I9100_ClockworkMod-Recovery_4.0.0.2.tar)


<<<Unlock kan hp SG2 sblm leh root>>>
1. OFF kan hp korang (kalo boleh tanggal kan bateri kejap ntuk pasti kan hp btul2 OFF bkn Hibernate)

2. SEBELUM ON kan semula, pasti kan tekan SERENTAK button Vol Down + Home, jangan lepas kan & kemudian button ON/OFF. Lepas keluar "Menu Warning", tekan Vol Up ntuk msuk ke "DOWNLOAD MODE" mcm kat bwh ni :


3. Extract file "Odin3-v1.zip" yang download tadi dan kemudian buka Odin3 v1.85.exe. Sambung kan cable usb hp ke pc sampai laa korang nampak warna kuning ID:COM dalam Odin


4. Pada menu Option, tick kan pada Auto Reboot dan F. Reset Time. Dlm menu Files, kemudian tick juga pada PDA dan load file "XWKDD_insecure.tar". Lepas sumua sudah tick & load, klik START untuk proses unlock.


5. Lepas tekan START & proses unlock, hp tu akan restart sendiri. Masa hp tu dah masuk dalam OS (Android), sila tick USB Debugging pada Menu - Settings - Applications - Development. Sangat penting untuk connect pada SuperOneClick.


<<<Cara nak root hp>>>
1. Extract file "SuperOneClickv1.9.zip" dan buka SuperOneClick.exe. (Pastikan hp sudah tick usb debugging & sambung pada pc)

2. Dalam SuperOneClick, sila klik pada button ROOT atas sebelah kiri untuk proses root. Lepas dah habis rooting, dia akan tanye nak install Busybox ke x.. So klik YES (WAJIB INSTALL).. Lepas habis install Busybox, dia akan tanye lagi nak test root ke x.. Suke hati korang laa nak YES ke NO.. pastu dia akan minta "DONATE" bukan DONAT  .. Kalau korang rasa korang HENSEM @ CANTIK, sila laa donate.. Hehehe 


3. Buka menu hp korang check ada icon SuperUser ke x?.. kot2 korang kena tipu dgn SuperOneClick ke ckp dah habis rooting.. Kalau ada icon SuperUser tu, makne nye TAHNIAH hp korang dah TAMAT warranty.. wahaha  .So boleh laa korang sambung step kat bawah ni plak (kalo korang nak install custom rom laa).


<<<Install ClockworkMod Recovery>>> TAK WAJIB! (PILIHAN)
1. Software recovery mode ni SANGAT BERGUNA untuk korang install CUSTOM ROM. Software ni jgk bleh wat Backup & Restore rom asal @ sebelum korang flashing custom rom. Kot2 kalau x menjadi, x pasal2 hp korang BRICK.. Dengan ada nye software ni, korang boleh restore semula rom asal @ sebelum. So hp korang akan hidup semula laa.

2. Aaaah malas nye nak terang semula. Ape kate korang rujuk step2 kat atas tu semula pada tajuk bahagian "Unlock NAND hp SG2 sblm leh root".

3. Kemudian follow (cewah speaking plak) step No.1 sampai laa step No.5. Cuma pd step No.4 tu, korang gantikan "XWKDD_insecure.tar" KEPADA "GT-I9100_ClockworkMod-Recovery_4.0.0.2.tar" macam gambar kat bawah ni.


4. Lepas hp tu dah auto restart, off kan hp tu dan kemudian sebelum ON kan, sila tekan serentak Vol UP + Home dan baru tekan ON untuk masuk ke CWM Recovery Mode. Tadaaa dah siap pun recovery mode baru korang.



***NOTA TAMBAHAN***
ada kecacatan sedikit pada hp ni selepas flash kernel "XWKDD_insecure.tar" iaitu akan keluar gambar Amaran Segitiga Kuning setiap kali on hp. Ia nya keluar sebab hp dapat detect kernel yang di flash tu adalah TIDAK SELAMAT. Sudah bermacam2 cara buat untuk hilang kan (termasuk mix dengan ori kernel) tapi x hilang2 juga. Bagi sesiapa yang x kisah, ok laa. Tapi bagi yang sesiapa kisah, aku Minta Maaf byk2 T_T


APA??!! HP BRICK??. ALAMAK HABIS LAA KORANG..
hehehe releks2 ni ada cara nya..


1. Buka website "http://www.samfirmware.com" & Login user id korang (kalo xde id, WAJIB register)

2. Lepas login, dia akan auto (redirect) ke blog. So taip "http://www.samfirmware.com/WEBPROTECT-i9100.htm"


**Off Topic Jap*********************************************** ****************************
Ingat tak dulu (post kat atas) aku ada PESAN suruh salin @ catat semua benda pada bahagian "About Phone"??. Kat situ korang perlukan no baseband untuk download firmware yang sama. SETIAP hp, LAIN2 no baseband nya. Kalau x, sia2 je korang flash back sebab akan brick semula. Aku pernah try guna firmware US & China sebab nak Android 2.3.4 tapi x leh masuk OS.
************************************************** **************************************




3. Download firmware kat dlm kotak "Asia Samsung I9100 Firmwares" ikut no baseband hp korang. Lepas download firmware.rar tu, korang kena extract (ada 3 files). PASSWORD untuk extract adalah "samfirmware.com" ataupun "samsung-firmwares.com"

-> .pit (download link) WAJIB DOWNLOAD!!
http://hotfile.com/dl/116093205/245d..._emmc_EXT4.pit.


4. Buka software Odin. Tapi sebelum buka Odin tu, macam biasa laa kena restart hp dan masuk dalam Download Mode. Kalo x ingat apa itu Odin, apa itu Download Mode, sila rujuk post atas. Rujuk gambar kat bawah ni untuk set setiap file nak letak kat mana. Sila double check sebelum klik pada START.



5. HP akan auto restart sendiri dan tungu sekejap untuk 1st time booting. TADAAAA dah siap pun hp korang. Renung2 kan lah dan selamat beramal.

Cara2 nak flash custom rom :

Download mana2 pilihan custom rom yang korang jatuh cinta  pastu copy pada root sd card DAN baca pada gambar kat bawah pulak 
A) http://forum.xda-developers.com/forumdisplay.php?f=1204
B) http://forum.xda-developers.com/forumdisplay.php?f=1058



1st custom rom yang aku install :






Credit to Suaji

0 comments:

Post a Comment

Iklan Penaja

Trending Topic

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More