Another Templates

Teknologi

Monday, 26 December 2011

Fazley Yaakob, Eizlan Yusof dan AC Mizal Kini Bergelar Datuk


Tiga selebriti popular negara iaitu Fazley Yaakob, Eizlan Yusof dan AC Mizal kini sah bergelar Dato' selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-81 ini telah berlangsung di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.

Pengurniaan darjah tersebut pastinya mencatat kenangan manis kepada tiga selebriti ini apabila sumbangan dan pencapaian mereka dalam bidang seni menerima penghargaan dan pengiktirafan.

Sumber:Media Hiburan

0 comments:

Post a Comment

Iklan Penaja

Trending Topic

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More