Another Templates

Teknologi

Pengenalan

Blog BahangBelake ini dibina untuk semua lapisan umur, merangkumi semua aspek. Penulis dari seluruh pelusuk dunia.

Saturday, 21 January 2012

Ciptaan Mengarut


Wednesday, 18 January 2012

Siapa Sebenarnya Abu Aqif

Salam
Ni lah orang yang melaga2kan alim ulama kita


mcm pondan





right click open image in new tab


terbaru


Friday, 13 January 2012

Kehebatan 3D images

Apa yang perlu anda lakukan :

1. Lihat salah satu foto di bawah ,

2. Kemudian, julingkan sedikit mata anda sehingga foto/objek kelihatan ada 3 keping gambar yg sama... (kalau terlebih juling, foto tersebut akan kelihatan spt ada 4 keping.. So, pelan2 lepaskan juling tu skit2, sehingga foto yg ke 2 dan ke 3 tu bertindih)

3. Kekalkan kejulingan itik anda tu. Dan fokuskan pada foto yg ditengah2.

4. Hadang di tepi kiri dan kanan mata anda menggunakan tangan, sehingga 2 foto lagi tu hilang dari pandangan anda. Dan kekalkan fokus anda di foto yang tengah2...mata kembali asal

Lihatlah kehebatan 3D yg asli.....













Wednesday, 11 January 2012

Mudahalih.my


Satu lagi produk bumiputera
Jom support

Sunday, 8 January 2012

DC Avaiti 1st India Supercar





harga 3 juta INR = RM 178k before tax




Saturday, 7 January 2012

Sila share! Istilah-istilah penting yang mengandungi bahan dari khinzir yang perlu kita tau


Istilah-istilah yang perlu kita ambil tahu Pentingg!!!

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

dan ada pelbagai istilah lagi…

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari babi”, atau label yang menyatakan “The source of gelatin capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin babi”.



Review: P3-21A First Impressions



Selepas pulang dari 'Proton Sales Conference & Introductions P3-21A' yang disampaikan oleh DSZ sebentar tadi, saya berasa begitu tidak sabar untuk mengulas sedikit sebanyak tentang produk terbaru proton iaitu P3-21A yg bakal dilancakan pada akhir suku pertama tahun ini, iaitu March 2012.

Apa yang saya dapat lihat dan ingin dikongsikan mengenai produk ini selepas saya dapat menyaksikan sendiri secara 'live' di depan mata buat kali pertamanya, P3-21A merupakan model yang bakal menjawab segala kritikan dan pandangan yang telah diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada Proton, secara tak langsung membuktikan DSZ telah mendengar dan membaca komen-komen, idea dan pandangan anda semua di blog-blog automitive negara mahupun di tempat-tempat lain. segala 'features & functions' yang kita semua mahukan, hampir semuanya ada di dalam P3-21A ini, meyakinkan lagi P3-21A ini mampu bersaing menjadi produk global.

Suka untuk saya jelaskan, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Setibanya waktu P3-21A ini dilancarkan March nanti, pastinya masih ada suara-suara yang akan terus mengkritik lagi dan lagi. Tidak menjadi rahsia lagi, majoriti citarasa pengguna di Malaysia ini lebih kearah rekabentuk 'Japanese/Korean'. Tak salah.. Tetapi yang sukarnya di sini, P3-21A ini bukan sahaja mahu memenuhi citarasa pengguna di Malaysia, malah juga di 28 buah negara lain yang bakal dipasarkan dan citarasa kesemua pengguna di 28 buah negara ini berbeza-beza dan pastinya setiap keputusan yang diambil dalam pembinaan P3-21A ini memerlukan keputusan teliti dan 'collective decisions'.

Yang pertama, bab ciri keselamatan, P3-21A mempunyai NCAP 5 Star rating, yang pastinya memberikan kelebihan ketara kepada pesaing-pesaing terdekatnya terutama Vios & City. Rangkanya lebih kukuh dan selamat serta mempunyai Airbag depan dan sisi. Ia juga merupakan kereta yang paling selamat di Malaysia jika diletakkan dalam segmennya, kerana ciri pemanduan 'Lotus ride & handling' yang amat stabil & menggunakan 'Multilink rear suspension' yang tiada dalam pesaing-pesaingnya seperti Vios, City, Forte, mahupun Corolla Altis, bak kata DSZ "guarantee best handling in it's class". Ciri-ciri keselamatan lain yang dilengkapi P3-21A ini adalah ABS & EBD with 4 wheels Disc Brake dan satu lagi ciri keselamatan terbaru diperkenalkan iaitu ESC (lebih kurang mcm VSA-Vehicle Stablity Assist).

Bab aksoseri pula, kereta ini dilengkapi dengan Keyless Push start ButtonLight SensorRain SensorBuild-in GPSfront LED light untuk pemanduan waktu siang seperti Audi, ruang boot yang amat besar, lebih kurang besarnya seperti ruang boot Persona Elegance, menggunakan spotrim 16" inci dan lebar tayar saiz 205logo badge proton yang diletakkan di bahagian depan dan belakang lebih besar menampakan kereta lebih gah dan pelbagai lagi.

Bab performance pula, variant teratas P3-21A akan menggunakan enjin Campro 1.6L CFE dengan 7-speed gearbox CVT, 140PS/205 torque. Wowww!!! dan tak lupa ia juga dilengkapi dengan Paddle shift steering, dan sport mode +/- di gear column seperti Inspira 1.8CVT dan 2.0CVT. Bagi variant pertengahan dan bawah, engine yang digunakan ialah Campro 1.6L IAFM+ dengan gearbox CVT 6-speed.

Akhir Sekali bab finishing, bab ni ramai yang musykil dan bimbang, terutamanya mengenai badge Proton di Steering. Jadi komentar-komentar di blog funtasticko, paultan dan lain-lain tak perlu lagi bimbang, kerana badge proton warna hitam-putih (sama seperti badge di bumper depan) disertakan lining chrome nipis disekelilingnya ada diletakkan di steering P3-21A ini. Steeringnya pula menggunakan steering Exora, tetapi ada sedikit 'design improvement' di bahagian 'Audio switch control' sekaligus menampakkan steeringnya lebih kemas, kompak dan elegan. Dashbord & door trim pula menggunakan soft material seperti Wira, bukan keras seperti Persona, Saga, Exora & Satria Neo.

Banyak lagi yang boleh diulaskan mengenai P3-21A ini. Tetapi biarlah yang selebihnya dirahsiakan sehingga hari perlancaran nanti. Rumusan saya design P3-21A ini 'Clean & Simple'. Tiada geometri-geometri 'futuristik' yang keterlaluan ditonjolkan seperti yang selalu digunakan oleh Kia, Hyundai & Honda. Sebaliknya ia lebih banyak menggunakan 'safe & long lasting design' seperti BMW, Audi & toyota.

Apa pun Tahniah diucapkan kepada DSZ, 400 orang juruteta P3-21A dan seluruh warga kerja Proton yang terlibat bertungkus-lumus selama 24 bulan. Great Job!!!

Cuma tinggal satu lagi yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini, apakah nama sebenar model Proton P3-21A ini? Persona? Tuah? Espire? atau Wira?

sumber

Thursday, 5 January 2012

Fitnah: Ustaz Azhar Idrus berzina, hipokrit dan sangat kuat maki hamun!

Sumber 


Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.

Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya.

Sabar dulu kekawan. Jangan nak marah aku melulu. Biar aku jelaskan bahawa ;

1. Ya, posting di atas neh adalah fitnah.

2. Ya, posting di atas neh antara beberapa petikan posting2 dari bloggers umno.

3. Ya, posting di atas neh bertujuan mencemarkan imej ustaz yang sangat dekat di ahti masyarakat muslim malaysia.

Tuduhan neh sangat berat. Ustaz tidak pernah gunakan ceramah maki hamun pun menasihati rakyat. Kalau pendekatan bergurau senda itu ada, pendekatan perli pun ada, pendekatan kiasan pun ada, tetapi bukan pendekatan maki hamun. 

Dan yang lebih jahat, mereka fitnah ustaz, seolah2 ustaz melakukan zina [maksiat]. Kejadian itu jelas sekali adalah rekaan semata2. Adakah dengan menyiarkan posting neh anda fikir rakyat akan respect umno? Saya cadangkan agar umno meneliti semula bloggers2 yang mengakui mereka pro umno neh. Bukan apa, daripada apa yang saya lihat sekarang neh, penulisan mereka sebenarnya menjatuhkan umno, bukan menaikkan umno walhal mereka kata mereka sokong perjuangan umno. 

Kalau begini lah cara umno berfikir, saya percaya anda akan hilang sokongan dari rakyat. Itupun disebabkan blogger2 anda sendiri. Heh. Sadis.

Updated ;

Ini bukti bahawa kisah neh disebarkan oleh blogger umno. Lihat bawah neh ;







Mungkin pada masa akan datang, seorang perempuan akan di upah untuk mengaku bahawa pernah berzina dengan ustaz.. tak siapa yang tahu apa permainan yang ingin depa mainkan disini.

Sozcyili : taktik keji.

Bahangbelake: Geng2 Shahrizat dgn lembunya. teruk betul politik kotor alim ulama pun nak difitnah. ni la sebab makin ramai ank muda dibelakang alim ulama. insyaALLAH terkubur la parti yang banyak makan harta haram

Pembukaan Maybank Dungun

Perasmian pembukaan 5hb Jan 2012

posted from Bloggeroid

Monday, 2 January 2012

Cantik Salah, Huduh Pun Salah... Apa Pun Tak Boleh

Wanita selamat pistol tersekat


KUALA LUMPUR – Nyawa seorang wanita ternyata masih panjang apabila dia terselamat dari terkena tembakan jarak dekat selepas senjata api yang digunakan salah seorang daripada dua penjenayah tiba-tiba tersekat kelmarin.
Kejadian mencemaskan pukul 4.40 petang di Desa Melawati di sini berlaku apabila suri rumah, Wan Zuriani Wan Abd. Hamid (gambar), 46, didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal sebaik mangsa baru sahaja tiba di rumah selepas pulang menghadiri kenduri di Sepang, Selangor.
Ketika kejadian, dua anak lelaki mangsa masing-masing berusia 15 dan 17 tahun sedang bermain bola di pekarangan rumah.
Mengimbau semula kejadian itu, Wan Zuriani memberitahu, dua lelaki tersebut meluru masuk ke dalam kawasan pagar rumah dan menjerit: ‘hutang, hutang... jangan bergerak!’ sambil mengacu-acukan pistol kepada tiga beranak tersebut.
Katanya, melihatkan keadaan itu, anak lelakinya yang berusia 17 tahun terus bergelut dengan penjenayah tersebut sebelum suspek melepaskan dua das tembakan ke arah lantai dan pagar rumah.
“Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah dada saya namun gagal melepaskan tembakan mungkin kerana pistol tersebut rosak atau tersekat,” ceritanya yang memberitahu suami, dua lagi anaknya dan amahnya yang berada di dalam rumah tidak sempat keluar kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Tambahnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek dapat melarikan beg tangan yang dipegangnya dan menghentak kepala anaknya dengan topi keledar.


Pelakon drama Tentang Dhia bertunang


ALOR SETAR – Pelakon drama Tentang Dhia yang memegang watak Melly, Izreen Azminda Aznam memulakan tahun baru 2012 semalam dengan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya seorang jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin.
Majlis pertunangan yang diadakan di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar di sini itu, berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh bermakna bagi Izreen, 27, yang mahu menutup kontroversi yang melandanya sepanjang tahun lalu.
Pada majlis itu, Izreen anak kedua daripada tiga beradik kelihatan anggun dengan persalinan berwarna merah jambu rekaan Shanelle Harun.
Majlis bermula dengan perbincangan wakil kedua-dua belah pihak serta persetujuan mengenai jumlah wang hantaran sebanyak RM19,001 dan mas kahwin RM999.
Ibu Muhamad Riza, Zainon Baba, 55, kemudian menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian ke jari Izreen sebagai tanda pertunangan pasangan itu.

Mayat hancur dirempuh treler


SITIAWAN – Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19; adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.
Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.
Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini.





Tiga lagi penumpang Honda Stream itu, Khairul Faiz Mohd. Noor, 17, dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.
Pemandu treler membawa muatan tong gas, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, cedera parah di kepala dan sedang dirawat di hospital sama.
Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Komisioner Ismail Munajat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah Mohd. Hisam cuba memotong sebuah kereta Honda Civic yang berada di hadapannya dari arah kiri.


Iklan Penaja

Trending Topic

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More